Terma Dan Syarat

PERATURAN (rules)
1. TIADA BAYARAN = TIADA TEMPAHAN
2. Anda tidak dibenarkan untuk membatalkan tempahan setelah pembayaran dibuat. Jika tidak, wang anda tidak akan dikembalikan.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
UNTUK DROPSHIP SAHAJA
Penghantaran domestik sahaja dibenarkan. Tetapi sekiranya anda ingin menghantar ke luar negara, sila hubungi saya terlebih dahulu.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------


MAKSUD PRE-ORDER (meaning of pre-order)
Barang pre-order bermaksud barang yang ditempah tiada dalam simpanan atau tiada pada penjual. Dalam erti kata lain, barang yang anda bakal order nanti tiada pada saya dan saya akan beli barang-barang tersebut bagi pihak anda.

Kebiasaannya, masa menunggu sesuatu barang mengambil masa 3-5 minggu bergantung kepada keadaan cuaca atau faktor perayan, bencana alam dan sebagainya.

Kelebihannya ialah, biasanya barang yang kami jual ini lebih murah daripada yang berada di pasaran kerana ianya harga terus dari kilang, tidak perlu bayar sewa tapak/kedai dan menjimatkan kos penghantaran.

HARGA (price)

1. Harga yang dipaparkan tidak termasuk kos penghantaran ke Semenanjung Malaysia/Sabah/Sarawak. Harga yang dipaparkan adalah harga penuh termasuk kos penghantaran dari China ke Malaysia.

2. Harga yang dipaparkan mungkin boleh berubah atas faktor :
   * Pengedar (supplier) menurunkan/menaikkan harga

PEMBAYARAN (payment)

1. Kami menerima bayaran melalui :
   * Maybank
   * CIMB
   * Paypal (USD/RM) - kami akan menghantar invoice ke alamat Paypal anda.
   * Kredit/Debit Kad - kami akan menghantar invoice ke email anda - tak perlu daftar Paypal

2. Pembayaran hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup. Tetapi sekiranya anda berminat untuk dapatkan barangan tersebut lebih awal, anda dikehendaki membayar caj tambahan sebanyak RM10 sebagai kos perkhidmatan.

3. Deposit sebanyak 80% dikenakan sekiranya tempahan anda melebihi RM100. Bayaran penuh sekiranya tempahan di bawah RM100.

4. Anda tidak dibenarkan untuk membatalkan tempahan pada saat-saat akhir/selepas tarikh tutup. Jika tidak, wang anda tidak akan dikembalikan. Kami menetapkan 3 hari sebelum tarikh tutup untuk membuat keputusan muktamad

MASA BARANG DIPROSES (item processing time)

 1. Masa menunggu barangan adalah 3-5 minggu atau lebih bergantung kepada cuaca/perayaan dan sebagainya dari waktu dipos dari China.

2. Sekiranya barangan tersebut OUT OF STOCK, kami akan memaklumkan kepada anda dan memulangkan kembali wang anda 100%.

PENGHANTARAN (shipping/postage)

1. Setelah barang dari China sampai, kami akan segera pos kepada anda melalui PosLaju/PosDaftar/Pos Biasa selepas memastikan barangan tersebut dalam keadaan baik.

2. Kos penghantaran bergantung kepada berat barangan. Kami menawarkan caj yang rendah kepada pelanggan kami.

2. Untuk pembelian borong ataupun ingin dalam kadar segera, anda boleh memilih untuk menggunakan kurier yang berdaftar seperti
 


          EMS - 4-10 hari waktu bekerja
DHL - 3-7 hari waktu bekerja
Hongkong Post Air Mail * - 15-34 hari waktu bekerja (tetapi sampai lebih awal berbanding dari China kerana Hong Kong lebih dekat)
FedEx - 3-7 hari waktu bekerja
UPS Expedited - 3-7 hari waktu bekerja

* Bergantung pada pembekal sekiranya menawarkan servis tersebut ataupun tidak.

JAMINAN (warranty)

1. Kami tiada jaminan mengenai barang yang dibeli melainkan dinyatakan mempunyai jaminan.
2. Kami tiada jaminan sekiranya barangan tersebut tidak berkualiti - seperti yang anda tahu, mutu barangan China ini boleh dikatakan rendah. Sekiranya barangan tersebut murah, kualitinya juga rendah, dan juga sebaliknya.
3. Sekiranya barangan tersebut rosak ketika penghantaran, anda dikehendaki memulangkan barangan tersebut kepada kami dalam masa seminggu selepas barangan diterima.

JAMINAN KAMI (Guarantee)

1. Jika barang yang ditempah sampai lebih dari 2 bulan/8 minggu, pihak kami akan membayar 10% daripada harga barang kepada anda beserta barangan tersebut sebagai ganti kos menunggu.